Nuffnand Ads

Tuesday, July 31, 2012

Resepi Cheese Cake


Resepi ni aku ambik dari blog Homemade Kek.. Resepi ini merupakan resepi favorite aku dan family. Resepi yang agak simple tak perlu susah2 nak kena bake..

Tapi yang pasti sedap..same macam Secret Recepi punya..da tak payah nak beli lagi da..buat pun ok..





Cheese Cake

Bahan-Bahan

Bahan A
  • 250 gm biskut ( aku guna biskut marie jeyh )
  • 125 gm mentega tanpa garam - guna 100 gm jeyh
Bahan B
  • 200 ml whip cream
  • 250 gm krim keju ( kalau bar guna dalam 2 bar, aku guna cheese Philadelphia )
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar jus lemon * noted ( jangan letak banyak nanti masam )
Bahan C

  • 15 gm gelatin ( aku guna halagel punya )
  • Double boiler dan sejukkan selama 5 minit
Topping

  • Strawberri atau blueberri secukupnya
  • Jus Lemon
  • Gula Caster
  • Sedikit Air
Cara-cara

  • Hancurkan biskut hingga jadi serbuk. Sediakan loyang * noted ( pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah di keluarkan )
  • Cairkan mentega. Tuang mentega ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dalam fridge supaya menjadi keras.
  • Pukul whip cream hingga pekat dan gebu. Ketepikan.
  • Pukul krim keju atau keju bar bersama gula dan lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin yang telah di double boiler tadi dan gaul sebati.
  • Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam bekas berisi whip cream tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.
  • Keluar adunan biskut tadi. Tuangkan adunan krim keju tadi ke atas adunan biskut. Sejukkan dalam fridge sekurang-kurangnya 2-3 jam.
  • Campur semua bahan topping dengan kaedah double boiler.
  • Tuangkan atas kek hingga habis. Sejukkan semula.
  • Hidangkan.

Monday, July 30, 2012

Sushi

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat makan sushi..

Nak kata terlampau la sedap..

Biasa jeyh sebenarnya..

Tapi boleh dikatakan salah satu dari favorite food aku la..


Banyak variety yang ada kat sini..


Tapi yang aku suka..

California Rools...


Besar dan menyanyangkan..





Taman Tasik & Akuarium Shah Alam

Dekat shah alam ni hanya Taman Tasik & Akuarium jeyh boleh di jadikan tempat untuk rekriasi..

Akuarium Shah Alam..


Tempat yang banyak ikan..dah nama pon akuarium kan..

Kat sini takde la banyak sangat spesis pelik..ada a few jeyh..

Tapi kalu setakat nak bawak family berjalan ok la..lagi pon free..tak payah bayar la maknanya..

Ni adalah antara spesis yang ada kat akuarium tu..ok la..


Ni spesis ikan buaya..tengok mulut pun da macam mulut buaya..


Ni ikan patin putih..tengok la warnanya..putih suci lagi murni..


Ni pulak polkodot stingray..


Tengok farhan pun sempat bergambar kat akuarium ni..


Tempatnya takde la seronok sangat tapi kalau setakat nak bawak family berjalan atau menghabiskan masa

bole la........

Dah habis berjalan dalam akuarium tu.. si farhan nak main kat taman tasik tu..


Nak naik gelongsor tinggi takut..naik yang rendah pun jadilah..


Muka penat after bermain...........

Orang agak ramai petang tu..parking full..tapi nasib kitorang baik coz ada orang nak keluar time tu..



Friday, July 27, 2012

Percutian Ke Cameron Highlands

Percutian 3 hari 2 malam ke Cameron Highlands,

adalah percutian yang tidak dirancang........

Mula-mula bertolak pun da susah..

Jalan jam gila...


Tapi setiap perjalan tu kena sabar tak bole gopoh-gopoh..

tengok farhan pun penat becoz 1 jam kat dalam kereta nak menempuh jam..


Dah penat menempuh jam kini time rest dan makan di perhentian tapah..


Kitorang sampai sana dah pukul 2.30 pagi..berjalanan yang memenatkan dan menakutkan becoz jalan gelap..

1st day kitorang sampai apa lagi..

Merayaplah..

Kitorang singgah Strawberri Park dan Ladang Tea..tapi kat Strawberri Park tu bukan setakat ada strawberri jeyh..kaktus..bunga..sayur pun ada..best kan............







Sebab kat rumah tak sempat nak breakfast..so kitorang makan jeyh la kat strawberri park ni..



Ni aiskrim kepunyaan farhan..aiskrim goreng..



Mama makan strawberri..


Then kitorang bergerak ke Ladang Tea




Gayat nak turun bawah..cerun...........




Si debab terpaksa dok belakang babah coz takot.....



Muka-muka kepenatan..

Walaupun last minit plan.. ini merupakan percutian yang simple dan enjoy.........................


Tengok sampai tertido kepenatan..nasib baik ada bantal bole landing..







Family Of Me.................

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan..tapi dengan cubaan itulah yang mengajar kita erti hidup..

Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yg bernama Mohd Khairool Bin A.Hamid..


Orangnya takde la segak mana tapi cukup untuk buat aku bahgia.. Ni la sahabat..tempat aku 

bergaduh..tempat kami anak beranak bermanja..

Alhamdulillah rezeki Allah..aku telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan nakal..

Penat mama melayan kerenah anak mama seorang ni..

Kalu tak diturut merajuk..


Tengok la wajah comel yang nakal nie..

Tanpa ada mereka hidupku tak bermakna la 

jawabnya........................


Wednesday, July 25, 2012

Inilah Hidupku

Setiap orang mempunyai hidup sendiri. Begitu juga dengan aku. 

Aku dilahirkan sebagai anak sulung dari tiga adik beradik.......

Berasal dari teluk intan perak......iaiti sebelah ibuku.........


Ini lah ayah ku..........


Ini lah ibunda yang telah melahirkan ku..

Tanpa mereka tiadalah aku.........



Inilah aku..