Nuffnand Ads

Thursday, September 27, 2012

FCC High Performance Foundation

Aku ni jenis yang tak berapa pandai make up sangat sebenarnya. Kadang-kadang make up ok, kadang-kadang terputih, kadang-kadang tergelap. Tapi itulah aku. Kalau time tak make up pulak muka punyalah pucat gila. So nak taknak terpaksalah make up. Kulit aku pun mainkan peranan penting sebenarnya memandang kulit aku jenis yang agak oily so agak rumit untuk aku pilih jenis foundation.

Korang pernah dengar dengan Farmasi Colour Cosmetic. FCC ni merupakan product kosmetik halal yang bertaraf antarabangsa yang di perbuat dari Turki. Pada aku kosmetik amat senang untuk dipakai coz sesuai dengan kulit aku yang agak oily and sensitif ni. Bagi yang tak berapa fancy dengan make up ni. Bole cuba jenama ni.

Harganya pun agak berpatutan, takdela mahal sangat.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=118192118269434&set=a.118192111602768.31032.116961868392459&type=3&theater

Penangan Vico Ais Yang Disimpan Semalaman & Cuaca Yang Tak Menentu

Hanya kerana terminum minuman bersusu yang telah disimpan semalaman ditambah dengan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ni Farhan telah mengalami sakit perut, muntah dan deman yang agak teruk & lama. Perut kanak-kanak agak sensitif dengan pemakanan yang tidak sihat. Jadi aku sarankan kepada ibu bapa diluar sana hindarkan dari menyimpan makanan atau minuman yang berlebihan di dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi sesuatu yang bersusu walaupun ianya masih lagi dalam kuantiti yang banyak.

5 hari Farhan deman dan cirit birit. Masa 1st kena tu, pagi dia ok je, siap say gudbye kat aku masa aku nak gi kerja. Then, masa tengah hari bermulalah sketsanya, mak mertua aku bagitau dia minum air vico semalam punya, 1stly muntah. Yang aku geramnya, boleh dia berlapar semata-mata kerana opahnya hanya masak bubur and ikan bilis kataya tak besz coz takde ayam. Sebelah petang pulak dia da makin kerap muntah and berlarutan hingga ke malam. Sampai perut tu da tak boleh terima apa-apa makanan or minuman. Until clear water pon dia muntahkan balik. Aku ni bila dah tengok anak ni asik muntah & perut tu kosong, aku belikanlah dia KFC Whipped Potato a.k.a Kentang Putar kegemaran dia tu. Dengan harapan berisi lah perut tu. Tak sampai 2 suap da muntah lagi.

Then, aku & ayahnya decide untuk bawak ke clinik . Sampai je kat clinic, doctor advice Farhan amek gas coz mengalami semput yang agak teruk. Almaklumlah kitorang da biasa dengan doktor tu, bak kata setiap kali pergi clinic, doctor tu akan check semua sekali. Balik dari clinic aku & ayah dia paksa makan whip potato tu sampai habis coz nak bagi dia makan ubat. Ok done part makan ubat.

Malamnya pula, biasala bila da deman ditambah pula dengan cirit birit & semput. Farhan tak bole nak tidur. Setiap 5 minit nak minum air coz panas. Setiap sejam pula muntah and cirit birit. Sampai naik pening kepala aku coz tak tidur. Tapi takpela, ni la pengorbanan seorang ibu la katakan. Pagi before berangkat ke tempat kerja aku siapkan sup ayam & bubur untuk dia makan. Sebab dah faham sangat dengan perangai anak aku sorang ni, aku paksa dia makan. Adalah tak sampai 3 sudu. Bolela dari perut kosong, then aku terus sumbat ubat.

Lunch, aku bergegas balik rumah coz nak make sure dia makan. Walaupun masa agak singkat, aku terpaksa balik, sebab aku tau perangai anaku aku sorang ni kalu tak dipaksa, takdenya nak makan.Deman berlarutan hingga ke isnin. Dan alhamdulillah si farhan da sihat sepenuhnya.



Disebabkan dia mengalami cirit birit aku just pakaikan dia kain pelikat milik ayahnya. Ni la anak bertuah sorang ni. Muka kesian masa time demam hari tu, dah macam baru pas bersunat pon ada.

Tuesday, September 18, 2012

Kenduri Kendara VS Family Reunion Di Majlis Perkahwinan Sepupuku Syazwani

Pada 16hb September 2012, aku dan keluarga telah menghadiri majlis perkahwinan sepupuku Nur Syazwani dan pasangannya Saiful Islam. Majlis yang cukup simple tapi meriah dengan kehadiran kelurga dan sahabat handal.

Inilah pengantin perempuannya merangkap sepupuku..


Bersama pasangannya..


Farhan yang sempat bergambar bersama bapa sepupunya..kembar yang tidak seiras..


Ayah dan adikku..


Nenda kesayangan..sayang opah..




Tengok keletah mereka bertiga ni..pantang kalau depan kemera..penuh dengan pic dorang bertiga jeyh..


My mama..


Ni pic kami anak beranak..


Mama dan abah..


Jemput makan..







Simplekan cupcake sebagai ganti kepada bunga telur..







Saat yang mengembirakan, yelah bukannya selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Sebenarnya banyak lagi gambar untuk entry kali ni. Tapi aku tak dapat nak upload semuanya.








Friday, September 14, 2012

Nutrisi Yang Terbaik Buat Si Manja Tersayang


Di entry kali ini, aku suka untuk menceritakan tentang pemakanan yang kita sediakn untuk si manja. Selain daripada keperluan asas, belaian, didikan yang sempurna, korang rasa semua tu dah cukup ? Pernah tak korang fikir setiap suapan makanan yang korang suap ke mulut si manja cukup nutrisinya untuk badan si manja.

Pada aku, makanan yang aku bagi belum cukup nutrisinya. Ini kerana nutrisi amatlah penting untuk perkembangan si manja. Jadi aku telah berikan yang terbaik untuk Farhan iaitu susu formula jenama Anmun. Aku amalkannya ketika dia berusia setahun hingga sekarang di usianya mencecah 4 tahun. Aku berhasrat untuk meneruskannya sehingga dia berusia 12 tahun.

Anmum merupakan satu-satunya susu yang mempunyai khasiat Gangliosida dan DHA yang digabungkan dalam satu formula yang unik bagi membantu perkembangan otak si manja. Fungsi DHA membantu dalam pebinaan sel otak si manja. Manakala Gangliosida pula membantu sel otak berhubung antara satu sama lain. Maksudnya, semakin banyak berhubung semakin cepatlah dia belajar.


Apa yang aku tahu susu ni membantu Farhan membesar dengan lebih bijak. Malah dia merupakan satu-satunya susu yang tanpa gula tambahan, almaklumlah anak aku kan chubbie orangnya jadi kenalah kurang-kurangkan gula dalam setiap pemakanannya. Walaubagaimana pun, susu merupakan element yang tak kurang pentingnya dalam tumbesaran anak aku.

Thursday, September 13, 2012

My Beloved One


Hari nie aku hanya ingin menceritakan mengenai buah hati pengarang

jantungku.. Akhtar Nur Farhan Bin Mohd Khairool.. 

dia telah dilahirkan pada 22 april 2008 pada pukul 4.43 petang..

dia dilahirkan sebagai premature baby memandangkan aku melahirkan

dia disaat kendunganku baru berusia 7 bulan 14 hari.. kerana dia mengalami komplikasi

jantung

ketika dalam kadungan...


alhamdulillah walaupun agak kecil ketika itu dengan berat 1.75kg..

dia tetap sihat.. seminggu selepas dicukur berat badannya mula bertambah..

syukur alhamdulillah..


di saat ini aku merasakan tiada apa yang lebih membahgiakan aku

dari dikurniakan seorang cahaya mata..


Ini ketika di saat dia mula pandai bermain dan membesar..


di saat ini dia telah pun memulakan hidupnya sebagai seorang

kanak-kanak yang riang..gemar bermain..


keletahnya yang sentiasa membuat kami tersenyum..


saat mengenal erti permainan..

kenakalannya.. gelak tawanya itu lah yang manjadi pengubat dikala penat..


Farhan la buah hati mama dan babah..

luv u soooo muchhhh....