Nuffnand Ads

Thursday, October 25, 2012

Lelong.Com vs Sold.My

Seriusly, sekarang kita boleh jumpa banyak bisuness online yang guna kaedah biding macam Lelong.Com.
Aku ni memang jarang beli barang menggunakan keadah biding ni nk cakap tak percaya tu, entah lah. Tapi kadang tu ada beli juga. 

Baru-baru ni aku ternampak iklan Sold.My kat fb. Sistem business yang sama seperti Lelong.com. Seriusly, aku masih lagi mencari info mengenai kesahihan Sold.my ni. Almaklumlah kita kadang tau nak beli benda-benda yang murah je lastly kena tipu.



Then, mulalah menyesal. Jadi sebelum tertipu baik siasat dulu kesahihan jual beli tersebut.

Tuesday, October 23, 2012

Make Up Lagi


Aku ni bukanlah jenis yang suka sangat make up just simple-simple je. Tapi sudah jadi naluri seorang perempuan yang memang suka benda yang cantik tak gitu. At entry nie aku just nak share pasal satu product jenama Benifit.

Semalam masa keluar lepak dengan cik kak seorang ni. Aku tengok bibir dia mois je then lipstik yang dia pakai pun tak berapa melekat dengan gelas.

Selalunya lipstik mesti melekat bila minum tapi dia tak. Dia bagi tau aku dia pakai Lip Plamp. Aku ni bukannya tau sangat pasal benda-benda camni.

Cuma yang aku tau, dia cam gamlah tuk lipstik kita.


Kalau nak pakai Lip Plamp ni tanpa lipstik pun boleh sebab dia akan buat Lips kita nampak lebih nude.


Camni..

Then, aku pun start survey kat internet. Aku terjumpala pages nie Mimi Lala. Kat pages ni ada jual Lip Plamp nie.


Kehebatan Laungan Azan


Petikan ni aku petik dari harian metro..
Untuk dikongsi sesama kita..

Mengenai kehebatan laungan azan..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus- putus.

Kuasa Allah tidak ada satu makhluk pun yang dapat manandinginya.. Subhanallah..

Monday, October 22, 2012

SURPRISE GIVEAWAY by FD


Moh ler join beramai-ramai..


Hanya dengan click Link nie..




Cuaca Sekarang


Seriusly pada sesiapa yang buat aktiviti luar

harus fikir terlebih dahulu untuk melakukannya..

memandangkan cuaca yang memang tak menetu sekarang

ini..


Sekejap hujan..sekejap panas..

Berfikir dahulu ye bila berminat untuk melakukan aktivi luar..

Friday, October 19, 2012

Makan Malam Yang Buat Kami Putus Selera

Seriusly, benda-benda macam ni bukannya boleh dibuat main. Kita makan, kita bayar tapi apa yang kita dapat tak seperti yang kita jangka. Malam semalam aku, anak aku and bersama lagi dua cousinku ke Restoran Andaman untu celebrate birthday ci kak seorang ni..


Nie la birthday gurlz.. cun x..

OK, end of birthday story. Sesampai kat sane kitorang order makanan. Mee Sup taknak pedas taknak sayur, aku nasi goreng daging merah, si birthday girl ni Tomyam Pok tek and Lala Goreng Bercili and my other cousin kerabu daging limau. End of ordering, sesudah sampai makanan yang kami mintak. Ianya nampak cantik, menarik. 1st thing yang aku rasa mee sup kepunyaan anakku, yelah pape pun mak kena rasa dulu, pedas ke, pahit ke supaya nanti takde la berlaku yang tidak sepatutnya.

Even rupanya yang cantik tapi rasanya MashaAllah fail, sudahla masam yang teramat sangat, ayam dan mee yang digunakan seakan-akan tidak dibasuh dengan bersih. Takpelah dah orderkan kenala makan, tapi even mee sup merupakan favourite si farhan tapi kali ni mee sup yang disedikan tidak memenuhi citarasanya oleh kerana rasa masam kuahnya dan rasa ayamnya yang boleh membuat orang muntah. Tak habis pun anak aku makan mee sup tu even aku yang suapkan. Then, akku bagi je dia minum air milo supaya takdela nampak cam mama and makcik-makcik dia je yang makan. Time, aku and cousin-cousinku makan pulak, firstly aku jumpa bawang puteh n barang merah yang dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ya Allah sabar je la masa tu.

Then masa si leen tengah syok menghirup kuah Tom Yam tu tetiba keluar lumpur dari Lala yang berada ada kat dalam Tomyam tu. Rasanya kaurang pun tahu macam mana rupanyakan. Seriusly, kotor. Kitorang panggil waiter nak bagitahu pasal perkara ni. Sudahlah masak tak bersih, muka pun tak senyum. Seriusly, tak hormat customer lansung.

Then, kitorang decide untuk balik je memandang makan malam kali ni mematah selera kami semua malam tu. Masa nak bayar aku bagitahu dengan cashier pasal perkara tadi the dia cakap takpe kak kita charge separuh je and minta maaf pasal kejadian tu. Tapi alasan dia tu la yang tak boleh diterima dek akal kaurang tahu alasan yang budak tu bagi tahu aku mybe diorang tak perasan dan tak basuh bersih-bersih before masak tadi. So selama ni pe yang diorang masak semuanya tak bersihlah. Total RM40.00 pada aku agak mahallah disebabkan rasa was-was yang melampau aku request receipt. Kaurang percaya tak kedai makan tu ada service charge. Sedangkan diorang punya service punyalah teruk, makanan pun tak bersih, waiter pun tak senyum lansung masa ambik order macam muka nak makan orang adalah. Keadaan kedai agak mewah, cantik. Tapi service yang disediakan agak fail. Soo pasnie kalau nak makan luar ni kenalah beringat-ingat.

Kesian anak aku berlapar jugaklah malam semalam dek kerana mee sup tu. Tapi nasib baik dia tak bising sebab dapat upah mainan dan topi baru.

Friday, October 5, 2012

Situasi Yang Benar-Benar * Potong Line *


Ada banyak benda yang aku selalu jumpa yang betul-betul boleh potong mood aku pada hari tu. Kadang-kadang samapai aku rasa macam nak angkat kaki gi jauh dari tempat tu & taknak berpatah balik dah.

Example :

Situasi Pertama :
Kau orang tengah pening sebab banyak betul masalahnya.
Ayat Yang Potong Line :
Ala bukannya besar sangat macam masalah negara.

Situasi Kedua :
Tengah tension sebab kerja banyak.
Ayat Yang Potong Line :
Tau pun tension, malaikat kiri kanan tu lagi lagi tension nak catit amalan kau.

Situasi Ketiga :
Tengah sembang dengan colleage pasal kerenah anak-anak yang makin nakal.
Ayat Yang Potong Line :
Ala kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, cuba kau tanya mak kau tu kalau tak percaya.

Situasi Keempat :
Semua mengadu panas. Panasnya hari ni. Rasa macam nak mandi air batu je.
Ayat Yang Potong Line :
Ni dekat dunia, akhirat nanti lagi panas. Tak sempat kau nak mandi air batu, air batu tu cair dulu jadi air panas.

(   - _______ -   )

Tak faham dengan masalah orang macam ni. Kadang-kadang rasa macam nak sound jeyh.

Thursday, October 4, 2012

Iklan Yang Paling Sedih Tahun Ni


Aku sebenarnya jarang sangat nak ulang tayang tengok

iklan-iklan kat tv ni..

almaklumlah kadang-kadang iklan ni hanya indah khabar dari rupa..

tapi dalam banyak-banyak iklan..

iklan ni untuk raya tahun ni..

banyak meninggalkan kesan dalam diri aku..


kepada kita yang masih mempunyai ibu bapa..

hormati & sayangi mereka selagi meraka masih bernyawa..

Wednesday, October 3, 2012

Keluarga Bahagia


Setiap orang impikan keluarga yang bahagia..

begitu juga aku..

mempunyai suami yang penyayang..

anak-anak yang menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya..

jadi sama-samalah kita mengamalkan..

doa ini..


moga-moga kita semua bahagia hingga ke syurga firdaus..

amin.....

Tangkap Follower Sebanyak Mungkin


Dibuka khas kepada

pulis-penulis blog yang berminat untuk menyertai

segmen anjuran cik Nabila..

klik banner kat bawah nie yerr..


Tarikh Tutup :

Sebelum 30 September 2012

Masih sempat lagi ni..