Nuffnand Ads

Friday, October 19, 2012

Makan Malam Yang Buat Kami Putus Selera

Seriusly, benda-benda macam ni bukannya boleh dibuat main. Kita makan, kita bayar tapi apa yang kita dapat tak seperti yang kita jangka. Malam semalam aku, anak aku and bersama lagi dua cousinku ke Restoran Andaman untu celebrate birthday ci kak seorang ni..


Nie la birthday gurlz.. cun x..

OK, end of birthday story. Sesampai kat sane kitorang order makanan. Mee Sup taknak pedas taknak sayur, aku nasi goreng daging merah, si birthday girl ni Tomyam Pok tek and Lala Goreng Bercili and my other cousin kerabu daging limau. End of ordering, sesudah sampai makanan yang kami mintak. Ianya nampak cantik, menarik. 1st thing yang aku rasa mee sup kepunyaan anakku, yelah pape pun mak kena rasa dulu, pedas ke, pahit ke supaya nanti takde la berlaku yang tidak sepatutnya.

Even rupanya yang cantik tapi rasanya MashaAllah fail, sudahla masam yang teramat sangat, ayam dan mee yang digunakan seakan-akan tidak dibasuh dengan bersih. Takpelah dah orderkan kenala makan, tapi even mee sup merupakan favourite si farhan tapi kali ni mee sup yang disedikan tidak memenuhi citarasanya oleh kerana rasa masam kuahnya dan rasa ayamnya yang boleh membuat orang muntah. Tak habis pun anak aku makan mee sup tu even aku yang suapkan. Then, akku bagi je dia minum air milo supaya takdela nampak cam mama and makcik-makcik dia je yang makan. Time, aku and cousin-cousinku makan pulak, firstly aku jumpa bawang puteh n barang merah yang dimasak dengan kulit-kulitnya sekali. Ya Allah sabar je la masa tu.

Then masa si leen tengah syok menghirup kuah Tom Yam tu tetiba keluar lumpur dari Lala yang berada ada kat dalam Tomyam tu. Rasanya kaurang pun tahu macam mana rupanyakan. Seriusly, kotor. Kitorang panggil waiter nak bagitahu pasal perkara ni. Sudahlah masak tak bersih, muka pun tak senyum. Seriusly, tak hormat customer lansung.

Then, kitorang decide untuk balik je memandang makan malam kali ni mematah selera kami semua malam tu. Masa nak bayar aku bagitahu dengan cashier pasal perkara tadi the dia cakap takpe kak kita charge separuh je and minta maaf pasal kejadian tu. Tapi alasan dia tu la yang tak boleh diterima dek akal kaurang tahu alasan yang budak tu bagi tahu aku mybe diorang tak perasan dan tak basuh bersih-bersih before masak tadi. So selama ni pe yang diorang masak semuanya tak bersihlah. Total RM40.00 pada aku agak mahallah disebabkan rasa was-was yang melampau aku request receipt. Kaurang percaya tak kedai makan tu ada service charge. Sedangkan diorang punya service punyalah teruk, makanan pun tak bersih, waiter pun tak senyum lansung masa ambik order macam muka nak makan orang adalah. Keadaan kedai agak mewah, cantik. Tapi service yang disediakan agak fail. Soo pasnie kalau nak makan luar ni kenalah beringat-ingat.

Kesian anak aku berlapar jugaklah malam semalam dek kerana mee sup tu. Tapi nasib baik dia tak bising sebab dapat upah mainan dan topi baru.

No comments:

Post a Comment