Nuffnand Ads

Thursday, September 27, 2012

Penangan Vico Ais Yang Disimpan Semalaman & Cuaca Yang Tak Menentu

Hanya kerana terminum minuman bersusu yang telah disimpan semalaman ditambah dengan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ni Farhan telah mengalami sakit perut, muntah dan deman yang agak teruk & lama. Perut kanak-kanak agak sensitif dengan pemakanan yang tidak sihat. Jadi aku sarankan kepada ibu bapa diluar sana hindarkan dari menyimpan makanan atau minuman yang berlebihan di dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi sesuatu yang bersusu walaupun ianya masih lagi dalam kuantiti yang banyak.

5 hari Farhan deman dan cirit birit. Masa 1st kena tu, pagi dia ok je, siap say gudbye kat aku masa aku nak gi kerja. Then, masa tengah hari bermulalah sketsanya, mak mertua aku bagitau dia minum air vico semalam punya, 1stly muntah. Yang aku geramnya, boleh dia berlapar semata-mata kerana opahnya hanya masak bubur and ikan bilis kataya tak besz coz takde ayam. Sebelah petang pulak dia da makin kerap muntah and berlarutan hingga ke malam. Sampai perut tu da tak boleh terima apa-apa makanan or minuman. Until clear water pon dia muntahkan balik. Aku ni bila dah tengok anak ni asik muntah & perut tu kosong, aku belikanlah dia KFC Whipped Potato a.k.a Kentang Putar kegemaran dia tu. Dengan harapan berisi lah perut tu. Tak sampai 2 suap da muntah lagi.

Then, aku & ayahnya decide untuk bawak ke clinik . Sampai je kat clinic, doctor advice Farhan amek gas coz mengalami semput yang agak teruk. Almaklumlah kitorang da biasa dengan doktor tu, bak kata setiap kali pergi clinic, doctor tu akan check semua sekali. Balik dari clinic aku & ayah dia paksa makan whip potato tu sampai habis coz nak bagi dia makan ubat. Ok done part makan ubat.

Malamnya pula, biasala bila da deman ditambah pula dengan cirit birit & semput. Farhan tak bole nak tidur. Setiap 5 minit nak minum air coz panas. Setiap sejam pula muntah and cirit birit. Sampai naik pening kepala aku coz tak tidur. Tapi takpela, ni la pengorbanan seorang ibu la katakan. Pagi before berangkat ke tempat kerja aku siapkan sup ayam & bubur untuk dia makan. Sebab dah faham sangat dengan perangai anak aku sorang ni, aku paksa dia makan. Adalah tak sampai 3 sudu. Bolela dari perut kosong, then aku terus sumbat ubat.

Lunch, aku bergegas balik rumah coz nak make sure dia makan. Walaupun masa agak singkat, aku terpaksa balik, sebab aku tau perangai anaku aku sorang ni kalu tak dipaksa, takdenya nak makan.Deman berlarutan hingga ke isnin. Dan alhamdulillah si farhan da sihat sepenuhnya.



Disebabkan dia mengalami cirit birit aku just pakaikan dia kain pelikat milik ayahnya. Ni la anak bertuah sorang ni. Muka kesian masa time demam hari tu, dah macam baru pas bersunat pon ada.

No comments:

Post a Comment