Nuffnand Ads

Friday, September 14, 2012

Nutrisi Yang Terbaik Buat Si Manja Tersayang


Di entry kali ini, aku suka untuk menceritakan tentang pemakanan yang kita sediakn untuk si manja. Selain daripada keperluan asas, belaian, didikan yang sempurna, korang rasa semua tu dah cukup ? Pernah tak korang fikir setiap suapan makanan yang korang suap ke mulut si manja cukup nutrisinya untuk badan si manja.

Pada aku, makanan yang aku bagi belum cukup nutrisinya. Ini kerana nutrisi amatlah penting untuk perkembangan si manja. Jadi aku telah berikan yang terbaik untuk Farhan iaitu susu formula jenama Anmun. Aku amalkannya ketika dia berusia setahun hingga sekarang di usianya mencecah 4 tahun. Aku berhasrat untuk meneruskannya sehingga dia berusia 12 tahun.

Anmum merupakan satu-satunya susu yang mempunyai khasiat Gangliosida dan DHA yang digabungkan dalam satu formula yang unik bagi membantu perkembangan otak si manja. Fungsi DHA membantu dalam pebinaan sel otak si manja. Manakala Gangliosida pula membantu sel otak berhubung antara satu sama lain. Maksudnya, semakin banyak berhubung semakin cepatlah dia belajar.


Apa yang aku tahu susu ni membantu Farhan membesar dengan lebih bijak. Malah dia merupakan satu-satunya susu yang tanpa gula tambahan, almaklumlah anak aku kan chubbie orangnya jadi kenalah kurang-kurangkan gula dalam setiap pemakanannya. Walaubagaimana pun, susu merupakan element yang tak kurang pentingnya dalam tumbesaran anak aku.

No comments:

Post a Comment